AGENDA

Mayat peniaga makanan wanita ditemukan tepi sungai, disyaki dibunuh

14 Feb 2025, 1:15 AM
Mayat peniaga makanan wanita ditemukan tepi sungai, disyaki dibunuh

KUANTAN, 14 FEB: Mayat seorang peniaga makanan wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini semalam .

Ketua Polis Daerah Kuantan Asistenkomisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 12.45 tengah hari tadi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita itu.

"Siasatan mendapati mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta merupakan seorang peniaga makanan.

"Menurut saksi, mangsa datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam semalam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.