AGENDA

Banjir di Sabah, Sarawak beransur pulih, 309 mangsa masih berlindung di PPS

13 Feb 2025, 2:14 PM
Banjir di Sabah, Sarawak beransur pulih, 309 mangsa masih berlindung di PPS

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir di Kinabatangan terus berkurangan kepada 107 orang daripada 29 keluarga berbanding 169 orang daripada 43 keluarga pada 4 petang tadi.

“Sebuah PPS ditutup di Kinabatangan malam ini, menjadikan hanya tinggal satu PPS dibuka di daerah itu,” menurut jawatankuasa itu.

Sementara itu di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di dua PPS di Bahagian Miri sedikit menurun iaitu 202 orang berbanding 205 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan dua PPS itu ialah Dewan Masyarakat Beluru yang kini menempatkan 137 orang serta SMK Bakong Beluru dengan 65 orang.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.