AGENDA

Ramalan hujan lebat di KL, tiga daerah di Selangor hingga 9 malam

13 Feb 2025, 10:33 AM
Ramalan hujan lebat di KL, tiga daerah di Selangor hingga 9 malam
Ramalan hujan lebat di KL, tiga daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_686790" align="aligncenter" width="692"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]