AGENDA

Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan rangkumi tiga pelan, rentasi setiap kementerian, agensi

12 Feb 2025, 12:37 PM
Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan rangkumi tiga pelan, rentasi setiap kementerian, agensi

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi berkaitan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu diputuskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi hari ini.

"Mesyuarat juga diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia.

"Natijahnya, penyelarasan dasar kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur, demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook.

- BERNAMA