ad
BERITA UTAMA

Muzium negeri dibuka semula, cari harta karun antara tarikan utama

8 Feb 2025, 5:01 AM
Muzium negeri dibuka semula, cari harta karun antara tarikan utama
Muzium negeri dibuka semula, cari harta karun antara tarikan utama
Muzium negeri dibuka semula, cari harta karun antara tarikan utama

SHAH ALAM, 8 FEB: Permainan mencari harta karun berupa artifak antara tarikan utama program Fun@MSAS sempena pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah (MSAS) di sini, hari ini.

Dianjurkan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT), program itu menurut EXCO kebudayaan, berlangsung mulai hari ini hingga 16 Februari sebagai aktiviti cuti sekolah.

[caption id="attachment_686026" align="aligncenter" width="704"] Pengunjung menunjukkan pasport untuk menyertai permainan cari harta karun sempena Program Fun @ MSAS di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Pengunjung perlu mendapatkan pasport pada harga RM3. Mereka perlu mencari artifak dan setiap pencarian yang ditemui perlu dicop hingga penuh untuk terima hadiah," kata Datuk Borhan Aman Shah.

Jelasnya, aktiviti lain diadakan seperti pertandingan memasak, mewarna, permainan muzik cempuling dan demo masakan tradisional lempeng, wadai kepeng, biskut serta kopi laut secara percuma.

[caption id="attachment_686024" align="aligncenter" width="722"] Pengunjung melihat replika rangka binatang purba di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Ditemui selepas merasmikan program FUN@MSAS, Borhan berkata muzium yang ditutup sejak 2019 bagi kerja menaik taraf menawarkan kemasukan percuma kepada orang ramai sehingga Mei ini.

“Namun, untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti yang memohon secara rasmi membuat lawatan menggunakan uniform ketika hadir, diberi kemasukan percuma,” katanya lagi.

Beliau menambah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dijangka berkenan merasmikan pembukaan muzium sempena Hari Muzium Antarabangsa, Mei depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.