ad
BERITA UTAMA

Muzium negeri dibuka semula hujung Jan, pameran warung antara tarikan

5 Jan 2025, 8:00 AM
Muzium negeri dibuka semula hujung Jan, pameran warung antara tarikan
Muzium negeri dibuka semula hujung Jan, pameran warung antara tarikan

SHAH ALAM, 5 JAN: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14, di sini bakal dibuka semula kepada orang ramai hujung bulan ini sempena cuti persekolahan, kata EXCO kebudayaan.

Dato’ Borhan Aman Shah berkata muzium yang diberi nafas bahari itu mengetengahkan pelbagai tarikan baharu seperti pameran artifak, warung era 1960-an dan sejarah makanan warisan.

“Selepas tutup beberapa tahun untuk beri nafas baharu, muzium negeri akan dibuka hujung bulan. Pelbagai artifak dipamerkan termasuk berkonsep kehidupan seperti perkahwinan.

[caption id="attachment_674534" align="alignright" width="450"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Anugerah Laman Hijau Selangor 2024 di Midland Convention Centre, Seksyen 7, Shah Alam pada 23 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Ada juga pameran rumah tradisi selain pameran kubur 3D. Kita juga sediakan Kidzone untuk ruangan khas kanak-kanak serta pameran flora fauna dan alat muzik sebagai tarikan baharu,” katanya.

Borhan berkata pameran warung dijangka mendapat perhatian berikutan menampilkan peralatan lama yang digunakan zaman dahulu antaranya mesin air batu campur.

“Pekerja di warung ini turut mengenakan busana zaman dahulu. Ini juga akan menjadi ruang khas untuk pengunjung bergambar,” katanya.

Sebelum ini, Borhan memaklumkan muzium itu akan memperkenal konsep baharu iaitu pengaplikasian teknologi terkini menggunakan kod QR bagi memudahkan pengunjung mengakses maklumat.

Muzium itu ditutup sementara sejak 2019 bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf membabitkan tiga galeri iaitu galeri sejarah, galeri adat dan kebudayaan serta galeri alam semula jadi.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.