SHAH ALAM, 6 FEB: Hampir seluruh daerah di Selangor diramal dilanda hujan lebat dan ribut petir hingga 9 malam, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Daerah tersebut ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain beberapa kawasan di Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_685669" align="aligncenter" width="596"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


