SHAH ALAM, 4 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 10 malam ini.
Menurut agensi itu, cuaca sama dijangka berlaku melibatkan seluruh Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_685367" align="aligncenter" width="665"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]