ad
AGENDA

PM jamin kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti niaga

3 Feb 2025, 3:08 PM
PM jamin kenaikan tarif elektrik tidak beban komuniti niaga

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan komuniti perniagaan, selain 85 peratus isi rumah akan terus mendapat subsidi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua 2025 tidak akan membebankan atau merugikan komuniti perniagaan.

Berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) hari ini, beliau juga menegaskan bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan terus tidak terjejas oleh semakan tarif dijadualkan bagi tempoh tersebut.

Pada masa ini, kerajaan memberikan subsidi elektrik kepada lebih 85 peratus isi rumah.

Tarif asas elektrik di Malaysia ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerangka Kawalselia Berasaskan Insentif (IBR) dan disemak setiap tiga tahun.

Selain tarif asas, terdapat mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) yang disemak setiap enam bulan.

ICPT melaraskan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api.

Semakan tarif seterusnya akan dilakukan pada Julai, 2025.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.