SHAH ALAM, 2 FEB: Seramai 100 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima baucar Pusat Pakaian Hari-Hari bernilai RM150 tajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.
Wakil rakyatnya Dato' Ir Izham Hashim berkata sumbangan merupakan inisiatif antara pihak swasta dan Pusat Khidmat Masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat.
Selain itu, Izham berkata, bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban golongan rentan terutama di kawasan tengah bandar.
"Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah SWT petang ini (semalam) saya diberi rezeki untuk menyantuni anak-anak dan ibu bapa membeli barangan keperluan persekolahan untuk sesi akademik yang baru.
"Insya-Allah, pelbagai lagi bantuan akan disalurkan kepada warga Pandan Indah yang layak menerima bantuan khususnya untuk program sumbangan ‘Back To School’ dari Yayasan MBI," katanya menerusi Facebook.
[caption id="attachment_684983" align="aligncenter" width="665"] Dato' Ir Izham Hashim bergambar bersama salah seorang penerima tajaan baucar kembali ke sekolah. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]