SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MSBJ) mengajak orang ramai memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya edisi pertama 2025 pada 8 Februari ini di Tasik Sri Serdang.
Bermula jam 7 hingga 11 pagi, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung termasuk pertandingan mewarna, sukan rakyat dan senamrobik.
Turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, program teroka kenali dan musnah denggi selain pembukaan kaunter mesra rakyat dan promosi Askar Wataniah.
"Jom sertai Explorace Kenali & Musnah Denggi secara percuma terbuka kepada semua penduduk berumur 13 tahun ke atas!
"Sijil penyertaan dan hadiah wang tunai menanti pemenang!! Imbas kod QR atau tekan pautan untuk pendaftaran dan maklumat lanjut https://docs.google.com/.../1ipCZ4a1jbhqb1vif.../viewform...," menurut MBSJ.
Sehubungan itu, orang ramai boleh layari laman portal atau media sosial rasmi MBSJ untuk maklumat lanjut.