ad
AGENDA

PM hulur sumbangan kepada keluarga tinggal di rumah daif

31 Jan 2025, 12:23 PM
PM hulur sumbangan kepada keluarga tinggal di rumah daif

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nik Faizu di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang yang tinggal di sebuah rumah yang sudah teruk dimamah zaman.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga berkenaan.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata rumah berkenaan juga sudah tidak selamat didiami Nik Faizu bersama isteri dan enam anaknya untuk hidup dengan selesa.

“Insya-Allah, rumah keluarga Encik Nik juga akan dibaik pulih demi keselesaan mereka bersama.

“Semoga dengan bantuan ini, keluarga ini akan dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.