SHAH ALAM, 31 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kembali menemui orang ramai di lima lokasi, Ahad ini.
Bermula 10 pagi, pengunjung berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).
Inisiatif jualan murah yang berakhir 12 tengah hari turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).
Berikut senarai lokasi JER:

Sebelum ini, jualan murah berkenaan dihentikan seketika mulai 29 Januari hingga 1 Februari sempena Tahun Baharu Cina selain memberi masa kepada PKPS membuat persiapan stok keperluan jualan.
Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.
[caption id="attachment_666715" align="aligncenter" width="806"]
Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]
Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.
Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
[caption id="attachment_680348" align="aligncenter" width="752"]
Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena majlis perasmian pasar raya kedua Ehsan Mart DUN Pandan Indah di Pandan Utama, Ampang Jaya pada 2 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


