ad
AGENSI

Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula esok

31 Jan 2025, 6:18 AM
Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula esok
Taman eko rimba, aktiviti pendakian dibuka semula esok

SHAH ALAM, 31 JAN: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan semua Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian bawah seliaannya dibuka semula bermula esok.

Antara Taman Eko Rimba bawah selian JPNS adalah di Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

Aktiviti pendakian yang dibenarkan antaranya di Bukit Jugra, Bukit Batu Pahat, Air Terjun Lubuk Kawah, Bukit Boyan, Bukit Pau, Bukit Apek, Bukit Saga dan Gunung Hitam.

Pendaki perlu memohon permit secara atas talian menerusi laman web JPNS dan melengkapkan borang yang dilabel 'Permit' sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh pendakian.

Pada Oktober lalu, JPNS mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba bawah seliaannya bermula 15 November hingga akhir Januari 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.