ad
AGENDA

Mangsa banjir Sabah, Sarawak meningkat takat 6 petang, 78 PPS dibuka

30 Jan 2025, 11:24 AM
Mangsa banjir Sabah, Sarawak meningkat takat 6 petang, 78 PPS dibuka

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus meningkat dengan keseluruhan 10,647 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu setakat 6 petang ini.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,718 orang daripada 1,825 keluarga berbanding 5,385 orang pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, mereka ditempatkan di 49 PPS di negeri itu dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 1,888 orang, diikuti Serian (1,501) dan Tatau (1,045).

Di Sabah, jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 3,929 mangsa daripada 1,365 keluarga petang ini berbanding 2,240 mangsa pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan 29 PPS dibuka di 10 daerah dengan Kota Marudu menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 2,355 orang.

Ia diikuti Pitas dengan 379 mangsa, Lahad Datu (316), Telupid (243), Beluran (177), Kota Belud (162), Sandakan (118), Beaufort (102), Tongod (54) dan Paitan merekodkan 23 penduduk terjejas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.