AGENSI

Jimat belanja, warga emas kunjungi JER lebih 10 kali sejak tahun lalu

27 Jan 2025, 8:23 AM
Jimat belanja, warga emas kunjungi JER lebih 10 kali sejak tahun lalu
Jimat belanja, warga emas kunjungi JER lebih 10 kali sejak tahun lalu
Jimat belanja, warga emas kunjungi JER lebih 10 kali sejak tahun lalu
Jimat belanja, warga emas kunjungi JER lebih 10 kali sejak tahun lalu

AMPANG JAYA, 27 JAN: Program jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) terus menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan pelbagai keperluan asas.

Warga emas, Wan Jamalia Wan Mara, 60, berkata Jualan Ehsan Rahmah (JER) menjimatkan perbelanjaan beliau hingga 70 peratus berbanding membeli di pasar raya lain.

[caption id="attachment_684129" align="alignleft" width="345"] Wan Jamaliah Wan Mara[/caption]

“Sejak tahun lalu, lebih 10 kali saya hadir untuk mendapatkan barangan keperluan setiap kali program JER diadakan di kawasan Ampang.

“Saya membeli dua ekor ayam dan beberapa pek ikan untuk menampung bekalan dalam tempoh dua minggu buat sembilan orang isi rumah,” katanya.

Beliau antara ratusan pengunjung yang ditemui pada program JER mega peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa di sini, hari ini.

[caption id="attachment_684130" align="alignright" width="342"] Norrina Hussin[/caption]

Pendapat sama turut dikongsi Norinna Hussin, 57, mengatakan jualan murah ini meringankan beban perbelanjaan golongan yang tidak bekerja.

“Saya dapat berjimat hingga 50 peratus membeli ayam dan beras untuk keperluan dua minggu serta dua orang isi rumah,” ujarnya.

Seorang lagi warga emas, Hewfatt Chan, 69, berpandangan JER menawarkan harga barangan asas yang berpatutan namun berharap jumlah kuantiti barang dapat ditambah.

[caption id="attachment_684132" align="alignleft" width="346"] Hewfatt Chan[/caption]

Program JER mega sempena Tahun Baharu Cina yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan dianjurkan bermula hari ini hingga esok.

PKPS menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Turut dijual tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.