AGENDA

Agong, Raja Permaisuri ucap salam Israk Mikraj

26 Jan 2025, 1:33 PM
Agong, Raja Permaisuri ucap salam Israk Mikraj

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Titah ucapan Seri Paduka Baginda berdua itu dizahirkan menerusi satu hantaran berserta poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut esok adalah satu mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW.

Antara peristiwa penting dalam Israk dan Mikraj adalah perintah kewajipan solat fardu lima waktu sehari semalam ke atas orang Islam.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.