AGENDA

Sultan Ibrahim santap pagi nasi lemak bersama Anwar

26 Jan 2025, 4:20 AM
Sultan Ibrahim santap pagi nasi lemak bersama Anwar
Sultan Ibrahim santap pagi nasi lemak bersama Anwar
Sultan Ibrahim santap pagi nasi lemak bersama Anwar

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa untuk santap pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di Masjid India di sini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bersama perdana menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar.

- BERNAMA

[caption id="attachment_683914" align="aligncenter" width="1080"] Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika santap pagi di Nasi Lemak Burung Hantu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar[/caption]

[caption id="attachment_683915" align="aligncenter" width="1134"] Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merakam gambar bersama orang ramai ketika santap pagi di Nasi Lemak Burung Hantu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid India, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2025. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar[/caption]