AGENSI

Beras, ayam, tepung di lima lokasi jualan murah barangan asas hari ini

25 Jan 2025, 11:55 PM
Beras, ayam, tepung di lima lokasi jualan murah barangan asas hari ini
Beras, ayam, tepung di lima lokasi jualan murah barangan asas hari ini
Beras, ayam, tepung di lima lokasi jualan murah barangan asas hari ini

SHAH ALAM, 26 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, pengunjung berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Antara lokasi JER hari ini ialah Dengkil, Paya Jaras dan Kota Damansara.

Berikut senarai lokasi lengkap JER:

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

[caption id="attachment_677373" align="aligncenter" width="949"] Orang ramai membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]