AGENDA

Selangor tekad tangani isu kepadatan pelajar, sedia tapak bina sekolah

24 Jan 2025, 1:00 PM
Selangor tekad tangani isu kepadatan pelajar, sedia tapak bina sekolah
Selangor tekad tangani isu kepadatan pelajar, sedia tapak bina sekolah
Selangor tekad tangani isu kepadatan pelajar, sedia tapak bina sekolah

SEREMBAN, 24 JAN: Kerajaan Selangor tekad menangani isu kepadatan pelajar sekolah termasuk menggesa pembangunan segera kemudahan itu kepada pihak berwajib.

Dato’ Menteri Besar berkata isu berkenaan sering dikemuka dalam pertemuan dengan menteri berkaitan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Ini memang antara perkara serius yang selalu saya kemukakan dalam mesyuarat dengan menteri dan ICU JPM supaya disegerakan pembangunan sekolah-sekolah.

“Kita sangat konsisten menyediakan tapak sekolah, malah menetapkan ia tidak boleh dibuat (pembangunan) lain, sebab sebelum ini adalah pengalaman beberapa tapak sekolah jadi kawasan komersial tapi perkara itu tidak berlaku selepas 2009 atau 2010,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_683652" align="aligncenter" width="799"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam program Bicara Eksekutif Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia Madani di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Seremban pada 24 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau menjawab persoalan mengenai usaha Kerajaan Negeri dalam menangani isu kepadatan sekolah dalam sesi soal jawab program Bicara Eksekutif Madani Institut Aminudin Baki (IAB) di Bandar Enstek di sini, hari ini.

Berucap di hadapan lebih 800 hadirin, Amirudin berkata pihaknya turut bersedia mempertimbang beberapa cadangan termasuk perkongsian aset atau bangunan sekolah agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Saya rasa hal ini kita boleh pertimbangkan lagi di masa depan melalui perbincangan dengan pihak yang terbabit. Selain itu, ada cadangan minta pemaju bina sekolah, yang juga perlu diperhalusi bagi memastikan ia mengikut spesifikasi.

“Semua cadangan ini kita perlu rangka semula dengan lementerian terlibat. Kita perlu cari jalan lebih efektif untuk tangani isu ini,” katanya.

[caption id="attachment_683649" align="aligncenter" width="806"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (duduk, tengah) dalam program Bicara Eksekutif Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia MADANI di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan pada 24 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya akan terus memberi tumpuan mencari penyelesaian isu kepadatan pelajar sekolah di Selangor.

Menurut Fadhlina pihaknya menyedari bahawa Selangor adalah negeri yang paling padat selain mempunyai paling banyak sekolah, murid dan guru.