AGENSI

Jualan murah barangan asas di 10 lokasi hujung minggu ini

23 Jan 2025, 11:00 AM
Jualan murah barangan asas di 10 lokasi hujung minggu ini
Jualan murah barangan asas di 10 lokasi hujung minggu ini
Jualan murah barangan asas di 10 lokasi hujung minggu ini
Jualan murah barangan asas di 10 lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 23 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di 10 lokasi hujung minggu ini.

Bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari, pengunjung berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Antara lokasi JER hujung minggu ini ialah di Banting, Sungai Kandis, Pelabuhan Klang pada Sabtu manakala Ahad di Dengkil, Paya Jaras dan Kota Damansara.

Berikut senarai lokasi lengkap JER:

Belanjawan 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER tahun ini, sekali gus membuktikan tekad pentadbiran negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

JER dijadual berlangsung di lebih 1,700 pada termasuk jualan mega semasa musim perayaan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

PKPS juga melancarkan Pasaraya Ehsan Mart di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Pandan Indah. Pasar raya yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah akan diperluas ke 10 lagi cawangannya di DUN lain tahun ini.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_682605" align="aligncenter" width="1356"] Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Pagi TK 3 Taman Kinrara, Subang Jaya pada 13 Januari 2025 . Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]