AGENDA

Penjawat awam ditahan, disyaki buat 41 tuntutan palsu inap hotel berjumlah RM10,000

22 Jan 2025, 4:01 AM
Penjawat awam ditahan, disyaki buat 41 tuntutan palsu inap hotel berjumlah RM10,000

KUANTAN, 22 JAN: Seorang penjawat awam direman enam hari hingga 27 Jan disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM10,000 melibatkan 41 tuntutan palsu sejak 2023.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dikeluarkan Majistret Nor Izzati Zakaria selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Sumber memaklumkan penjawat awam itu yang bertugas di Jabatan Pendidikan negeri ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang semalam.

Pengarah SPRM negeri Hairuzam Mohd Amin @ Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

--BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.