AGENDA

Paras plumbum akibat kebakaran di Los Angeles meningkat 100 kali ganda

21 Jan 2025, 4:57 AM
Paras plumbum akibat kebakaran di Los Angeles meningkat 100 kali ganda

MOSCOW, 21 JAN: Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat 40 kali ganda, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik The New York Times semalam.

Beberapa kebakaran hutan berlaku di California pada 7 Januari lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang, memaksa puluhan ribu penduduk dipindahkan dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan termasuk kediaman selebriti.

Menurut anggaran perkhidmatan ramalan cuaca Amerika Syarikat, AccuWeather, kerosakan dan kerugian ekonomi akibat kebakaran hutan itu mungkin mencecah antara US$250 bilion hingga US$275 bilion.

- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI