KLANG, 19 JAN: Penganjuran Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Undangan Negeri Pandamaran hari ini meriah dengan kehadiran ratusan penduduk setempat.
Pengunjung yang hadir ke lokasi jualan di Taman Chi Liung, juga menyambut inisiatif negeri yang menambah barangan asas yang dijual kepada 12 jenis sekali gus memudahkan mendapat barangan keperluan harian.
Nancy Lim, 73, berkata beliau tidak pernah ketinggalan untuk ke program jualan tersebut kerana harganya yang murah dan berkualiti, malah penambahan jenis barangan jualan menyebabkannya tidak mahu ketinggalan.
[caption id="attachment_682766" align="alignleft" width="401"]
Nancy Lim.[/caption]
“Saya suka pergi kerana barang-barang sangat berkualiti contohnya sapuan kaya pandan, rasanya tidak manis dan harganya juga murah.
“Walaupun jualan bermula 10 pagi, saya tidak kisah datang satu jam awam. Tidak kisah kena beratur lama jika dapat barang murah dan berkualiti,” katanya.
Bagi pemandu lori, Swee Hock Chuan,64, beliau dapat jimat lebih RM30 apabila berbelanja ke program jualan ini berbanding di pasaran luar.
[caption id="attachment_682768" align="alignright" width="401"]
Swee Hock Chuan.[/caption]
“Saya diberitahu tahun ini JER jual 12 jenis barangan. Inisiatif ini amat bagus, lebih banyak bantu berjimat. Seperti hari ini saya belanja RM50 tetapi jika di pasar raya mungkin mencecah lebih RM80. Memang program ini amat membantu masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Charlie Goh, 65, berkata beliau mengambil peluang untuk membeli barangan keperluan harian untuk diberikan kepada orang kurang berkemampuan.
“Saya pernah hidup susah dan apabila ada jualan seperti ini dapat juga beli untuk diberikan kepada masyarakat terutama untuk menyambut Tahun Baharu Cina.
[caption id="attachment_682767" align="alignleft" width="401"]
Charlie Goh.[/caption]
“Biarpun tidak banyak tetapi dapat bantu mereka yang memerlukan dan meneruskan kehidupan,” ujarnya.
Sementara itu, wakil rakyat Pandamaran Tony Leong Tuck Chee berkata program jualan tersebut adalah kali pertama untuk tahun ini di kawasan tersebut sejak Oktober tahun lalu.
“Program jualan ini mengikut giliran dan penduduk sentiasa bertanya penganjuran seterusnya. Apabila menjelang Tahun Baharu Cina, mereka sangat gembira kerana dapat meringankan beban khususnya yang berpendapatan rendah.
[caption id="attachment_682769" align="alignright" width="401"]
Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran Leong Tuck Chee. REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita rancang laksana program ini sebanyak lapan kali sepanjang tahun ini dengan beri keutamaan kepada kawasan pelbagai kaum,” katanya ditemui pada program tersebut hari ini.
Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Selangor turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.
Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.
Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
[caption id="attachment_682774" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Chu Kiung, Pandamaran, Klang pada 19 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_682770" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Chu Kiung, Pandamaran, Klang pada 19 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_682771" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Chu Kiung, Pandamaran, Klang pada 19 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_682772" align="aligncenter" width="700"]
Pengunjung menunjukkan barangan asas yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Taman Chu Kiung, Pandamaran, Klang pada 19 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]


