AGENDA

Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula

19 Jan 2025, 12:30 AM
Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula
Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula
Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula
Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula
Perdamaian selepas pembantaian, gencatan senjata Israel-Palestin bermula

Selepas puluhan ribu penduduk terkorban dan ratusan ribu lagi cedera termasuk wanita dan kanak-kanak sepanjang 460 hari bumi Palestin dihujani bom dan peluru, akhirnya gencatan senjata berkuat kuasa pada hari ini.

Gencatan itu diumumkan Perdana Menteri Qatar Mohammed Abdulrahman Jassim al-Thani pada 15 Januari meski pengeboman ke atas Palestin terus berlaku. Perdana Menteri Isreal Benjamin Netanyahu hanya menyatakan persetujuan semalam.

Pertempuran sejak tanggal 7 Oktober itu antara tragedi terburuk sejak Peristiwa Nakbah (malapetaka besar) pada 15 Mei 1948 yang menyaksikan pencerobohan Israel hingga mengakibatkan 15,000 penduduk Palestin terkorban manakala 750,000 lagi dihalau ke negara-negara jiran.

BUTIRAN  

Gencatan yang digerakkan kerajaan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga peringkat. Rundingan pembebasan tebusan dan tahanan dijadual bermula pada hari ke-16. Berikut intipati utama:

  • henti pertempuran selama enam minggu dan rundingan bermula
  • Hamas akan bebaskan 33 tahanan sebagai pertukaran ratusan tahanan Palestin
  • Israel akan bebaskan kira-kira 1,000 tebusan termasuk tahanan dalam penjara
  • Israel berundur dari semua kawasan berpenduduk di Gaza
  • pelarian Palestin dibenar kembali ke Gaza
  • penghantaran 600 trak bantuan kemanusiaan setiap hari
  • pemulangan mayat tebusan/tahanan
  • usaha bina semula Palestin dengan dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

WATAK UTAMA

  • Perdana Menteri Qatar Mohammed Abdulrahman Jassim al-Thani selaku perantara
  • Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi bertemu beberapa pemimpin Amerika Syarikat
  • siri rundingan dibantu Ketua Perisikan Mesir Hassan Rashad

[caption id="attachment_682711" align="alignnone" width="500"] Penduduk Palestin bergembira dengan berita gencatan senjata di Khan Younis dekat selatan Semenanjung Gaza pada 15 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

REAKSI

  • Rata-rata penduduk Palestin merai gencatan senjata dengan turun ke jalan raya manakala penduduk Israel pula teruja untuk bertemu ahli keluarga yang menjadi tebusan
  • Presiden Joe Biden dan presiden baharu Donald Trump berebut dakwa memainkan penting. Biden dakwa perjanjian dirangka sejak Mei manakala Trump percaya gencatan tidak berlaku jika beliau tidak menang pemilihan presiden
  • Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan berharap perjanjian itu melegakan penduduk Palestin seterusnya mengekal keamanan. Beliau berjanji untuk bantu Palestin "tegak berdiri di kaki sendiri"
  • Perdana Menteri Qatar Mohammed Abdulrahman Jassim al-Thani berazam untuk pastikan semua syarat perjanjian dipatuhi hingga keamanan dicapai sekali gus "menyelak halaman terakhir perang"
  • Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap gencatan tersebut jadi batu loncatan untuk capai matlamat yang tertangguh iaitu mendirikan Palestin yang berdaulat dan merdeka

[caption id="attachment_682712" align="alignnone" width="500"] Seorang lelaki Palestin pada 16 Januari 2025 berjalan di tengah-tengah runtuhan bangunan di Gaza yang musnah dalam serangan Israel menjelang gencatan senjata pada 19 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

PENDERITAAN

  • 46,707 orang termasuk 17,492 kanak-kanak Palestin terkorban
  • bilangan penduduk cedera cecah 109,660 orang manakala 11,160 hilang
  • lebih 200 wartawan terbunuh (217 dari Palestin, 3 dari Lubnan)
  • 1,139 orang Israel maut manakala kira-kira 8,730 lagi cedera
  • kira-kira 92 peratus rumah di Palestin musnah
  • sekitar 88 peratus sekolah ranap
  • hanya 50 peratus hospital beroperasi tetapi kekurangan kemudahan kesihatan

[caption id="attachment_682713" align="alignnone" width="500"] Tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 6 Januari 2024. FOTO Pasukan Pertahanan Israel/Edaran melalui REUTERS[/caption]

PEMBUNUHAN TOKOH

  • Ketua Biro Politik Harakatul Muqawwamatul Islamiah (Hamas) Yahya Sinwar dibunuh pada 16 Oktober 2024 di Tal as-Sultan, Rafah
  • Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dibunuh Isreal pada 31 Julai 2024 di Tehran
  • Ketua Briged al-Qassam Mohammed Deif terkorban dalam serangan udara di selatan Gaza pada 13 Julai
  • Timbalan Ketua Hamas Saleh al-Arouri terbunuh dalam serangan dron di Beirut pada 3 Januari 2024

SAMPAI  BILA?

Meski gencatan senjata telahpun bermula tetapi keraguan tetap bersarang berikutan sejarah menunjukkan perjanjian sedemikian kerap diingkari. Berikut antara perjanjian tersebut:

  • gencatan pada 19 Jun 2008 cuma berlangsung selama enam bulan
  • selepas lapan hari bertempur, gencatan 21 November 2012 tidak mengurangkan ketegangan
  • gencatan pada 26 Ogos 2014 hanya meredakan pertempuran sengit
  • selepas beberapa minggu bertempur, gencatan pada 31 Ogos 2018 hanya mengurangkan kekerasan

[caption id="attachment_682714" align="alignnone" width="500"] Orang ramai mencari mayat rakyat Palestin di tapak rumah selepas diserang Israel di Beit Lahiya di utara Semenanjung Gaza pada 4 November 2024. Foto REUTERS[/caption]