ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan rasmi kilang dim sum di Sekinchan

18 Jan 2025, 7:16 AM
Sultan Selangor berkenan rasmi kilang dim sum di Sekinchan
Sultan Selangor berkenan rasmi kilang dim sum di Sekinchan

KUALA SELANGOR, 18 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian kilang Sekinchan Dim Sum Sdn Bhd di Eko Perindustrian 5, di sini, hari ini.

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Ketibaan Baginda berdua disambut EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim.

Hadir sama EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah serta Pengarah Kilang Sekinchan Dim Sum Sdn Bhd Chee Yong Fatt.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melihat proses pembuatan dim sum di kilang terbabit.

[caption id="attachment_682580" align="aligncenter" width="812"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika hadir ke Majlis pelancaran Kilang Dimsum Sekinchan di Puncak Alam, Kuala Selangor pada 18 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Chee Yong ketika menyampaikan sembah ucapan memaklumkan kilang itu mula beroperasi pada 2023 dan kini mempunyai seramai 50 pekerja.

“Kami berhasrat untuk membawa nama Sekinchan melalui produk dim sum yang ditawarkan menembusi peringkat antarabangsa,” katanya.

Baginda berkenan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian serta bersantap makanan tradisi klasik masyarakat Cina sambil menyaksikan persembahan kebudayaan.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin yang meluangkan masa hampir dua jam turut beramah mesra dan berkenan melayan permintaan pengunjung untuk swafoto sebelum berangkat pulang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.