ad
AGENDA

Banjir Johor pulih, tiga pusat pemindahan sementara ditutup

16 Jan 2025, 7:48 AM
Banjir Johor pulih, tiga pusat pemindahan sementara ditutup

JOHOR BAHRU, 16 JAN: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian; dan Dewan Serbaguna Kahang serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.

"Kesemua 230 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini, setelah air banjir surut dan keadaan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, keadaan cuaca di Pontian diramalkan hujan, manakala Muar mendung, sementara lapan daerah yang lain dijangka cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johor kembali dilanda bencana banjir melibatkan daerah Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Kulai dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan, pada Jumaat (10 Jan) lepas.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.