ad
AGENSI

Yayasan MBI peruntuk RM1 juta teruskan bantuan mangsa bencana

13 Jan 2025, 9:05 AM
Yayasan MBI peruntuk RM1 juta teruskan bantuan mangsa bencana
Yayasan MBI peruntuk RM1 juta teruskan bantuan mangsa bencana

HULU SELANGOR, 13 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI meneruskan bantuan RM1 juta bagi membantu penduduk berdepan bencana terutama banjir.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata peruntukan itu bukan hanya melibatkan wang tunai sebaliknya turut meliputi bakul makanan, keperluan harian serta bahan mencuci.

“Bantuan ini juga termasuk serahan yang diberikan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) bagi membantu memenuhi keperluan mangsa.

“MBI sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk lakukan semak silang supaya semua mangsa mendapat bantuan,” katanya selepas menyerahkan bantuan wang tunai kepada 47 mangsa banjir di Hulu Bernam hari ini.

[caption id="attachment_681838" align="alignnone" width="769"] Penyerahan sumbangan oleh Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kanan) bersama Penyelaras Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan (kiri) kepada penerima ketika majlis serahan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Sekolah Sungai Selisek, Hulu Selangor pada 13 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Tahun lalu, anak syarikat Kerajaan Negeri itu memperuntuk jumlah sama khusus untuk membantu mangsa terbabit kejadian bencana termasuk tanah runtuh dan kebakaran.

Pada Disember, Yayasan MBI menyalurkan sumbangan seperti bakul makanan kepada penduduk Kelantan yang terjejas banjir menerusi misi Skuad Ihsan Madani yang digerakkan ke negeri berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.