ad
AGENDA

Badminton Terbuka Malaysia, Tang Jie-Ee Wei mara suku akhir

9 Jan 2025, 8:33 AM
Badminton Terbuka Malaysia, Tang Jie-Ee Wei mara suku akhir

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Pilihan ketiga kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya memerlukan 30 minit untuk mengesahkan tempat di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini hari ini.

Pasangan beregu campuran negara itu mudah menyingkirkan gandingan Taiwan, Hung En Tzu-Lu Ming Che 21-8, 21-14 pada perlawanan pusingan kedua untuk menempah pertemuan dengan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun, esok.

“Untuk pemain, kita tidak suka kalah dan ia sama seperti kami. Cuma, kita jangan fikir dulu untuk perlawanan esok.

“Sekarang cuma mahu rehat dan lalui proses pemulihan dengan baik supaya dapat bagi prestasi yang baik kelak,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ee Wei tekad mahu berikan yang terbaik dalam usaha memperoleh kemenangan keempat menentang Midorikawa-Saito.

Pencapaian terbaik gandingan kelima dunia itu ialah pada edisi 2023 apabila mara ke suku akhir, namun tersingkir selepas tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, 21-19. 21-9.

Terdahulu, pasangan bukan pilihan Midorikawa-Saito mengejutkan pilihan kelima dari Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-17.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.