ad
AGENDA

Kerajaan kaji strategi, laksana langkah lebih berkesan tangani penipuan dalam talian

8 Jan 2025, 3:40 AM
Kerajaan kaji strategi, laksana langkah lebih berkesan tangani penipuan dalam talian
Kerajaan kaji strategi, laksana langkah lebih berkesan tangani penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Kerajaan akan mengkaji strategi untuk masa depan dan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani isu penipuan atau scam dalam talian, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata menerusi kewujudan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan dan kerjasama semua pihak berkepentingan, kerajaan juga akan terus mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah scam.

[caption id="attachment_568621" align="alignleft" width="389"] Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Foto BERNAMA[/caption]

"Langkah seperti peralihan daripada penggunaan OTP (kata laluan sekali guna) berasaskan SMS (khidmat pesanan ringkas), pengetatan peraturan pengesahan dan penubuhan talian khas untuk melaporkan penipuan kewangan telah memberikan hasil positif.

“Namun, masih banyak lagi perlu dilakukan," katanya dalam catatan di Facebook.

Teo berkata isu mengenai penipuan dalam talian yang semakin berleluasa dibincangkan dalam pertemuannya bersama Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying petang semalam, yang turut disertai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.