ad
AGENSI

Jais: Proses pindah kubur patuhi fatwa, SOP

7 Jan 2025, 9:29 AM
Jais: Proses pindah kubur patuhi fatwa, SOP

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

SHAH ALAM, 7 JAN: Proses pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mematuhi fatwa dan tidak melanggar hukum.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohd Shahzihan Ahmad berkata perkara itu juga dimaklumkan sebelum ini menerusi pelbagai platform termasuk masjid.

"Semua tentang hukum termasuk pengendalian ditetapkan Jawatankuasa Fatwa dan penglibatan forensik untuk keselamatan serta tatacara operasi piawai (SOP)," katanya kepada Media Selangor.

Beliau mengulas laporan Sinar Harian semalam berkenaan rungutan waris tidak diberikan sebarang notis berhubung penggalian dan pemindahan 90 kubur di kawasan berkenaan.

Waris turut mendakwa pihak berkuasa tempatan tidak menjawab pertanyaan waris, malah tiada proses undian sama ada bersetuju atau tidak untuk pemindahan tersebut.

Tahun lalu, penduduk menyuarakan bantahan menerusi memorandum tiga muka surat berikutan pemindahan 90 tapak kubur bagi memberi laluan kepada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Tuntutan itu termasuk surat permohonan pemindahan kubur daripada ECRL kepada Jais, menuntut sekurang-kurangnya seorang waris dibenarkan melihat proses pemindahan berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.