ad
AGENDA

Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di Cheras

7 Jan 2025, 2:25 AM
Remaja perempuan hilang ditemukan selamat di Cheras

SEPANG, 7 JAN: Remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu ditemukan selamat pada 11.15 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangannya, remaja itu berada di rumah rakannya.

Norhizam berkata penemuan Nurul Fateha Nabila sudah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan diserahkan kepada ibu bapa remaja itu.

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuat ibu saudaranya pada 31 Disember lalu.

Dilaporkan remaja itu menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lalu.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.