AGENDA

Mayat warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dalam sungai di Georgetown

6 Jan 2025, 1:50 PM
Mayat warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dalam sungai di Georgetown

GEORGE TOWN, 6 JAN: Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dalam Sungai Pinang berdekatan Masjid Kampung Rawa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada 1.30 tengah hari dan sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

“Siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 72 tahun dan dipercayai gelandangan di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Tiada unsur jenayah berlaku dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.