AGENDA

Petaling, Sepang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 10 malam

6 Jan 2025, 12:45 PM
Petaling, Sepang antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 6 JAN: Enam daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan hingga 10 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan cuaca sama turut dijangka berlaku di Putrajaya dan beberapa daerah di Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.