AGENDA

Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya hingga 9 malam

5 Jan 2025, 11:59 AM
Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya hingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan lain yang terlibat ialah Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang; Perak serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron).

Amaran sama turut melibatkan Selangor, Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru), Sarawak (Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Limbang) dan Sabah di kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau serta Sandakan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.