ad
AGENSI

IBDE terbit buku kisah hidup tokoh Islam edisi kanak-kanak Februari ini

5 Jan 2025, 6:00 AM
IBDE terbit buku kisah hidup tokoh Islam edisi kanak-kanak Februari ini
IBDE terbit buku kisah hidup tokoh Islam edisi kanak-kanak Februari ini
IBDE terbit buku kisah hidup tokoh Islam edisi kanak-kanak Februari ini

SHAH ALAM, 5 JAN: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menerbitkan buku kisah hidup tokoh Islam terkemuka dunia, Imam al-Ghazali edisi kanak-kanak dijangka menemui pembaca Februari ini.

Menurut eksekutif jualan dan pemasarannya, buku kisah perjalanan hidup Hujjatul Islam (pembela Islam) edisi kanak-kanak itu, penuh ilustrasi dan warna, sesuai untuk pembaca muda berusia tujuh hingga 14 tahun.

“Ini kisah hidup tokoh Islam terkemuka dunia iaitu Muhammad bin Muhammad al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam al-Ghazali.

“Kita mahu kanak-kanak kenal tokoh ilmuan Islam dengan cara menyeronokkan melalui edisi kanak-kanak ini,” kata Mohammad Hakim Mohammad Hood.

Mohammad Hakim menambah IBDE akan menerbitkan empat lagi buku termasuk satu daripadanya kerjasama dengan Media Selangor berjudul Perincian terjemahan judul asal, Tafsil Thanawi (2017).

Selain itu, tiga lagi buku bakal diterbitkan tahun ini berjudul Suri Hati Nabi, Warisan Ilmu Islam dan Dalail Khairat yang merupakan selawat karangan Imam al-Jazuli.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan 2025 mengumumkan RM2 juta diperuntuk untuk meneruskan usaha penterjemahan karya utama untuk mencambahkan perkembangan ilmu.

Menurut Amirudin usaha terjemahan itu merupakan suatu ikhtiar warisan lama Tamadun Islam.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.