SHAH ALAM, 4 JAN: Enam daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Sepang diramal hujan lebat hingga 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan Sabah dijangka alami keadaan sama.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



