SHAH ALAM, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Kuala Selangor dan Klang hingga 12 tengah malam.
Agensi itu memaklumkan amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_680599" align="aligncenter" width="669"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


