AGENDA

KL, tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

3 Jan 2025, 9:11 AM
KL, tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam
KL, tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 3 JAN:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 8 malam.

Agensi itu memaklumkan amaran sama dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_680543" align="aligncenter" width="659"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]