SHAH ALAM, 3 JAN: Tiga daerah di negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu memaklumkan hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_680512" align="aligncenter" width="640"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


