ad
AGENDA

Lebih 115,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan rejim Assad

3 Jan 2025, 5:28 AM
Lebih 115,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan rejim Assad

ISTANBUL, 3 JAN: Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.

Agensi Anadolu memaklumkan mereka telah kembali dari negara-negara termasuk Turkiye, Jordan dan Lubnan sejak 8 Dis, kata UNHCR dalam satu kenyataan.

Maklumat ini diperoleh daripada kenyataan awam oleh negara tuan rumah, interaksi dengan perkhidmatan imigresen di dalam Syria dan pemantauan sempadan yang dijalankan oleh agensi dan rakan kongsinya.

Bashar Assad, pemimpin Syria selama hampir 25 tahun melarikan diri ke Rusia selepas digulingkan oleh kumpulan anti-rejim yang merampas ibu negara Damsyik pada 8 Dis, menamatkan pemerintahan Parti Baath yang berkuasa sejak 1963.

Perubahan ini berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham merampas bandar-bandar utama dalam serangan yang berlangsung kurang dari dua minggu.

- BERNAMA-AA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.