ad
AGENSI

Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam

2 Jan 2025, 10:30 AM
Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam
Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam
Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam
Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam
Yayasan MBI sumbang 300 bakul makanan, bantu mangsa banjir Taman Seri Alam

KUALA SELANGOR, 2 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerusi yayasannya menyumbang 300 bakul makanan kepada mangsa banjir di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata turut disalurkan RM10,000 kepada Persatuan Penduduk Taman Seri Alam untuk kebajikan atau program di kawasan berkenaan.

“Pada hari pertama kejadian Yayasan MBI telah gerakkan bantuan kepada penduduk antaranya memberi makanan siap dimasak 300 pek sehari yang dibekalkan hingga esok,” kata Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop.

[caption id="attachment_680398" align="alignleft" width="500"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop bercakap kepada media pada Majlis Serahan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan MBI di tapak runtuhan kolam takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama pada 2 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Ditemui selepas menyempurnakan penyerahan bakul makanan hari ini, menurutnya MBI turut menggerakkan petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi membantu kerja pembersihan pascabanjir di kawasan terjejas dan rumah penduduk terlibat.

“KDEBWM bantu penduduk untuk memudahkan proses pembersihan dan pembuangan barang yang rosak bagi mengembalikan keadaan rumah mereka kepada yang asal.

“Bantuan pembersihan selesai dilaksana, tapi kalau ada keperluan lagi kita sedia menggerakkan bantuan. Dalam waktu sama pihak ahli majlis, dan skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) banyak membantu dalam menggerakkan bantuan diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Alam, Sazalie Basran, berkata bantuan diterima amat dihargai dan berharap musibah itu tidak berulang lagi.

“Dianggarkan kira-kira 237 rumah mengalami kerugian lebih RM10,000 malah mungkin boleh mencecah RM30,000. Kita berterima kasih dengan pelbagai bantuan termasuk KDEBWM yang membantu meringankan beban kami.

[caption id="attachment_680399" align="alignleft" width="321"] Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Alam, Sazalie Basran ditemui media pada Majlis Serahan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan MBI di tapak runtuhan kolam takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama pada 2 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Penduduk masih fobia, air dari kolam tadahan sangat laju diibaratkan seperti ‘kepala air’. Memang tidak sempat selamatkan barang, fikir selamatkan nyawa saja pada masa itu kerana air naik cepat,” katanya.

Dalam kejadian 29 Disember lalu, kolam takungan berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama pecah sehingga sekitar kawasan perumahan dilimpahi air, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor Maisarah Ismail dilaporkan berkata kejadian sama pernah berlaku pada 2015 namun kali ini lebih teruk.

[caption id="attachment_680403" align="aligncenter" width="1202"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop (dua, kanan) diiringi Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) menyampaikan sumbangan pada Majlis Serahan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan MBI di tapak runtuhan kolam takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama pada 2 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_680405" align="aligncenter" width="1130"] Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menerusi yayasannya menyumbang 300 bakul makanan kepada mangsa banjir di Taman Seri Alam, Saujana Utama pada Majlis Serahan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan MBI di tapak runtuhan kolam takungan Hillpark, Taman Seri Alam, Saujana Utama pada 2 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.