AGENDA

Bidaan nombor pendaftaran istimewa Putrajaya, FG dibuka hingga 6 Januari

2 Jan 2025, 7:02 AM
Bidaan nombor pendaftaran istimewa Putrajaya, FG dibuka hingga 6 Januari

PUTRAJAYA, 2 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Januari.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.

“Langkah ini bukan sahaja menambah hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.

Terdahulu, Loke merasmikan pejabat JPJ baharu yang merupakan inisiatif penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan.

Beliau berkata perasmian pejabat baharu itu juga adalah simbol perubahan, bukan sekadar dari segi infrastruktur tetapi juga tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap, responsif, dan memenuhi kehendak rakyat.

- BERNAMA