AGENSI

Hujan lebat diramal landa Gombak, Hulu Langat hingga 9 malam

1 Jan 2025, 11:25 AM
Hujan lebat diramal landa Gombak, Hulu Langat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 1 JAN: Dua daerah di Selangor iaitu Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 9 malam ini, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.