AGENDA

Amaran hujan tahap waspada tiga hari di empat negeri mulai Sabtu

1 Jan 2025, 9:05 AM
Amaran hujan tahap waspada tiga hari di empat negeri mulai Sabtu

KUALA LUMPUR, 1 Jan; Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

"Di Kelantan ia membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai," katanya dalam kenyataan.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu manakala di Pahang membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan," katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian utama MetMalaysia di 1-300-22-1638.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.