ad
ADN

Hampir 1,000 pelajar B40 Taman Medan terima bantuan sekolah

1 Jan 2025, 8:00 AM
Hampir 1,000 pelajar B40 Taman Medan terima bantuan sekolah
Hampir 1,000 pelajar B40 Taman Medan terima bantuan sekolah

PETALING JAYA, 1 JAN: Hampir 1,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan menerima bantuan bagi sesi persekolahan bulan depan.

Penyelarasnya Halimi Abu Bakar berkata bantuan secara berperingkat itu bakal meringankan beban keluarga dalam menyediakan keperluan sekolah seperti pakaian seragam serta alat tulis.

“Untuk sesi pertama, kita beri kepada 200 pelajar menerusi bantuan penyelaras. Hari ini kita serah bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) kepada hampir 300 murid darjah satu dan kira-kira 200 lagi akan dapat dalam masa terdekat.

“Pada Februari, seramai 300 pelajar dijangka menerima bantuan baucar persekolahan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI. Semua bantuan ini dapat meringankan beban keluarga, tambahan kita turut menyambut bulan Ramadan,” katanya.

[caption id="attachment_680217" align="alignleft" width="396"] Faezlean Sani bersama anak ketika program serahan Bantuan Masuk Sekolah kepada ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 2025  di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Taman Dato' Harun, Petaling Jaya pada 1 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Halimi menyerahkan bantuan persekolahan Tawas kepada penerima pada majlis di Taman Medan, dekat sini.

Sementara itu, pekerja kilang, Faezlean Sani, 43, berkata bantuan itu meringankan bebannya menyediakan keperluan persekolahan empat anak memandangkan hanya beliau menjadi sumber pendapatan keluarga.

“Ini dapat bantu saya kurangkan belanja. Tiga lagi anak juga perlukan kelengkapan persekolahan. Tambah lagi sesi persekolahan nanti bersekali puasa dan Aidilfitri,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.