Pelbagai kisah suka dan duka mewarnai sepanjang 2024 yang sudahpun melabuhkan tirainya semalam bagi memberi laluan kepada 2025 mencipta sejarahnya tersendiri.
Semoga 2024 menjadi inpirasi, teladan dan panduan untuk kita mendepani cabaran sepanjang tahun baharu agar ia membawa harapan, peluang dan kejayaan yang lebih besar untuk semua.
Berikut sorotan peristiwa yang sempat dirakam jurufoto Media Selangor HAFIZ OTHMAN, AHMAD ZAKKI JILAN, FIKRI YUSOF, REMY ARIFIN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM, MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN HARUN TAJUDIN.
[caption id="attachment_680150" align="aligncenter" width="790"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memasuki Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor pada 11 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680143" align="aligncenter" width="748"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama warga emas selepas merasmikan Majlis perasmian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua di Kampung Wira Damai, Gombak pada 1 September 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680146" align="aligncenter" width="813"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680157" align="aligncenter" width="775"] Dato Menteri Besar YAB Dato' Seri Amirudin Shari bergambar kenangan bersama wakil sekolah yang menerima bantuan di Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa pada 19 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680159" align="aligncenter" width="815"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri) bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad (kiri) menunjukkan gambar ketika banjir 2021 kepada M. Mohankumar, 32 (dua kanan) dan V.Shapritha,32 (kanan) dan Kiyashkumar,3 ketika hadir pada Ziarah Rahmah Deepavali di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 31 Oktober 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680156" align="aligncenter" width="812"] Suasana sekitar dengan kehadiran orang ramai dalam Pesta Buku Antarabang Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City MBSA, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680154" align="aligncenter" width="815"] Antara para pengunjung yang hadir pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 30 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680163" align="aligncenter" width="810"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bermesra dengan kucing ketika Perasmian Taman Kucing Klang di Bandar Bukit Raja Klang pada 18 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_680152" align="aligncenter" width="752"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) mengibarkan bendera Selangor sebagai gimik pelepasan larian pada Majlis Pelepasan Peserta Selangor Eco Run 2024 di Taman Komuniti, Putra Height, Subang Jaya pada 8 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680155" align="aligncenter" width="761"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk, tengah) bergambar bersama peserta di Karnival Ban Canal 2024 di Parit 14, Simpang Lima Sg Besar Selangor pada 26 Nov 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]
[caption id="attachment_680153" align="aligncenter" width="788"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin (tengah) bersama Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad menari bersama orang asli Temuan ketika hadir pada Program Ziarah Kasih Pekawanis 2.0 Bersama DYMM Permaisuri Selangor ke Anjung Selatan Selangor 2024 di Rumah Melayu Gamuda Cove pada 27 Oktober 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680160" align="aligncenter" width="759"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpidato ketika Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Ogos 2024. [/caption]
[caption id="attachment_680137" align="aligncenter" width="809"] Para peserta Solidariti Antarabangsa bersama Palestin menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin ketika Protes Jalan-Jalan Palestin menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024. Himpunan Pembebasan Palestin itu juga antara lain adalah untuk menghantar mesej yang kuat kepada dunia bahawa Malaysia mengecam kes pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh dan kekejaman berterusan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. [/caption]
[caption id="attachment_680158" align="aligncenter" width="814"] Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menziarahi bekas Mufti Agung Mesir Prof Dr Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab di kediamannya di Giza pada 5 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680132" align="aligncenter" width="737"] Mufti Aceh, Tengku Faisal Ali menyampaikan Syarahan Umum 'Pedoman menjadi orang soleh' ketika Festival Turath Islami Selangor di Dewan Solat Utama, Masjid Negeri, Shah Alam pada 31 Mei 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680149" align="aligncenter" width="798"] Pengunjung memilih kitab-kitab agama ketika mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 1 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680164" align="aligncenter" width="883"] Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek beramah mesra bersama Tan Jun Sheng dan Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham penerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM kategori orang kurang upaya penglihatan ketika Majlis Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Kebangsaan STPM dan MUET 2023 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia pada 23 Julai 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680165" align="aligncenter" width="790"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melakukan gimik penyerahan sumbangan sempena majlis pelepasan konvoi Bantuan Mangsa Banjir ke negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680166" align="aligncenter" width="887"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melakukan gimik penyerahan sumbangan sempena majlis pelepasan konvoi Bantuan Mangsa Banjir ke negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680135" align="aligncenter" width="734"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680130" align="aligncenter" width="801"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama deligasi dari Selangor ketika melawat Siemens Mobility Rail Service Center di Cologne, Jerman pada 19 April 2024.[/caption]
[caption id="attachment_676527" align="aligncenter" width="718"] Masjid Jamek Cina Muslim Klang adalah cetusan idea dan diilhamkan sendiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj daripada reka bentuk salah sebuah masjid di Xi’an, China. Masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu masa itu dirasmikan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 5 Disember 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680128" align="aligncenter" width="811"] Penganut Hindu menaiki 272 anak tangga bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 24 Januari 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680129" align="aligncenter" width="797"] Dekorasi lampu naga sempena Pesta Tanglung Tahun 2024 menjelang perayaan Tahun Baharu Cina di Fo Guang Shan (FGS) Dong Zhen Tample pada 27 Januari 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680162" align="aligncenter" width="744"] Pengusaha Costum Tarian Singa, Siew Ho Phiew melukis di kepala singa yang dibuatnya ketika ditemui Media Selangor di premisnya di Bandar Pinggiran Subang pada 12 Januari 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680136" align="aligncenter" width="755"] Orang ramai berkesempatan turut serta melakukan persembahan tarian tradisional bon odori sempena Festival Bon Odori yang ke 48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680145" align="aligncenter" width="779"] Wan Norsaiza Wan Hasnan, 51, dibantu suami Safrul Farez, 46, memetik cili hasil Projek Fertigasi Cili Besar (Sakata 461) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat, Inisiatif Usahawan Tani (IPR INTAN) di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 18 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680151" align="aligncenter" width="755"] Peniaga Low Fook Fang menjual pokok limau kasturi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Bandar Damai Perdana, Kajang pada 29 Disember 2024. Tahun Baharu Cina atau Raya Cina 2025 jatuh pada 29 Januari dan tahun 2025 merupakan Tahun Ular mengikut kalendar lunar Cina.[/caption]
[caption id="attachment_680127" align="aligncenter" width="755"] Kumpulan agen pelancongan dari Thailand di bawa melihat helang ketika lawatan Anjung Utara di Pasir Penampang, Kuala Selangor pada 10 Januari 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680142" align="aligncenter" width="707"] Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyerahkan bendera SUKMA kepada Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari sebagai simbolik Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 24 Ogos 2024. Selangor akan mengambil tanggungjawab menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.[/caption]
[caption id="attachment_680140" align="aligncenter" width="881"] Atlet renang Selangor Lim Shun Qi (kanan), Morgan Eleven Teo Kai Cheng (kiri), Khew Zi Xian (dua kiri) dan Yoong Jia Jia (dua kanan) meraikan kemenangan pingat emas dalam acara 4 X100m gaya bebas wanita ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 21 Ogos 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680139" align="aligncenter" width="809"] Atlet renang Selangor, Shun Qi Lim beraksi dalam acara 4x100 meter (m) rampaian campuran dan meraih pingat emas ketika Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680141" align="aligncenter" width="953"] Atlet tenis Selangor, Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman beraksi dalam acara tenis akhir individu wanita ketika Sukan Malaysia (SUKMA) di Gelanggang Tenis SLTA, Kuching pada 22 Ogos 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680134" align="aligncenter" width="744"] Aksi perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara pasukan Cobra Black dan KL Tigers di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680133" align="aligncenter" width="812"] Pemain Bolasepak Selangor FC, Faisal Halim bercakap kepada media ketika sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 13 Jun 2024.[/caption]
[caption id="attachment_679966" align="aligncenter" width="779"] Aksi peserta Kejohanan Muay Thai Rentap Pandan Madani di Kompleks Muhibah MPAJ, Ampang Jaya pada 29 Disember 2024. [/caption]
[caption id="attachment_680144" align="aligncenter" width="812"] Aksi pelumba Prima Pramac Racing Jorge Martin yang menjuarai perlumbaan Tissot Sprint pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.[/caption]
[caption id="attachment_680148" align="aligncenter" width="728"] Aksi pelumba Ducati Lenovo Team Francesco Bagnaia ketika perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 2 November 2024.[/caption]








































