ad
PBT

Taman Kucing Cyberjaya ditutup sementara, beri laluan kerja senggara

30 Dis 2024, 4:30 AM
Taman Kucing Cyberjaya ditutup sementara, beri laluan kerja senggara
Taman Kucing Cyberjaya ditutup sementara, beri laluan kerja senggara
Taman Kucing Cyberjaya ditutup sementara, beri laluan kerja senggara

SHAH ALAM, 30 DIS: Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya ditutup sementara kepada orang awam selama tiga hari mulai 5 Januari.

Majlis Perbandaran Sepang menerusi Facebook memberitahu taman kucing seluas 1,000 kaki persegi itu ditutup bagi memberi laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Mac tahun lalu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli merasmikan pusat perlindungan untuk kucing terbiar itu.

[caption id="attachment_572430" align="aligncenter" width="812"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang pada 18 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mula dibuka pada Februari, Taman Kucing Cyberjaya mampu menempatkan 200 hingga 300 kucing pada satu-satu masa.

Taman berkenaan dilengkapi klinik, unit rawatan rapi, unit pemulihan dan unit rawatan ibu dan anak kucing.

Dikendali Majlis Perbandaran Sepang, pihak berkuasa tempatan itu juga melantik panel doktor veterinar supaya kesihatan haiwan berkenaan terjaga.

[caption id="attachment_670017" align="aligncenter" width="779"] Dua kanak-kanak bermain dengan si comel dalam bilik khas di Taman Tasik Cyberjaya pada 18 Mac 2023. Ia taman kucing pertama kendalian pihak berkuasa tempatan Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.