SHAH ALAM, 28 DIS: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 11 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Labuan.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


