AGENDA

Kerajaan tidak benar kenaikan tarif elektrik jejaskan rakyat

27 Dis 2024, 7:35 AM
Kerajaan tidak benar kenaikan tarif elektrik jejaskan rakyat

 

SHAH ALAM, 27 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang akan menjejaskan rakyat kebanyakan.

Beliau berkata kenaikan kadar itu tidak seharusnya diletakkan kepada majoriti rakyat sebaliknya melibatkan golongan atasan atau industri yang mencatat keuntungan.

"Secara terperinci Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof akan menjelaskan secara lebih lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Al-Hana, Langkawi di Kedah, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.